Misi One Laptop Per Child (OLPC)

Menghasilkan peluang pendidikan kepada kanak-kanak termiskin di seluruh dunia dengan menyediakan sebuah laptop yang kecil, berkos rendah, berkuasa rendah, dan perisian yang direkabentuk untuk keriangan dan pembelajaran kendiri untuk setiap kanak-kanak. Dengan peralatan ini, kanak-kanak berpeluang untuk belajar, berkongsi, mencipta, dan mengubahsuai sesuatu. Dengan ini, mereka akan mempunyai masa hadapan yang cerah.
Anda boleh mengubah dunia dengan menyertai projek OLPC di Malaysia sekarang

Rabu, 18 Mac 2009

di 5:37 PG Dicatat oleh Mohd Lazim

Contributors Program merupakan satu program bercorak komuniti bagi membolehkan sesiapa sahaja di seluruh dunia untuk menyumbangkan sesuatu kepada pembangunan laptop XO dan projek OLPC keseluruhannya. Pelajar, pakar teknologi, guru, pekerja am, doktor atau sesiapa sahaja boleh menyertai Contributors Program untuk menjalankan projek-projek yang memberikan kebaikan kepada pembangunan OLPC.

Pihak OLPC sangat menggalakkan peserta program ini untuk meminjam laptop XO secara percuma sekiranya anda atau kumpulan anda memberikan komitmen, secara sukarela, dan menyokong secara berterusan misi dan prinsip OLPC.

Sekiranya penyumbang masih tidak mempunyai idea, mereka boleh berkongsi pendapat dan pemikiran dengan memohon untuk menyertai Contributors Program dan pihak OLPC akan cuba untuk membantu memperbaiki cadangan projek anda bagi menyokong usaha untuk mengubah dunia.

Untuk menyertai Contributors Program, layari wiki Contributors Program dan ketahui cara-cara untuk memohon. Setiap projek akan dibincangkan di dalam mesyuarat komuniti dan sekiranya projek diluluskan oleh mentor projek, laptop XO anda akan dihantar dalam masa seminggu.

1 ulasan:

  1. SAya ingin menambah beberapa komen tentang progrem ini:

    1. Kita boleh memohon untuk meminjam sebuah OLPC secara sementara. Jelas jika dibaca http://wiki.laptop.org/go/Contributors_program. Seperti Lazim kata, memang lain dari gambar dan emulator.

    2. Saya sudah hantar email seperti yang diyantakan oleh link diatas tetapi email tersebut telah ditolak. Ia dianggap sebagai spam.

    3. Terdapat cadangan cadangan projek di wiki.laptop.org/go/Software_projects lebih penggantian sillabus pelajaran sedia ada.

    Tetapi jika di baca komen dari guru guru diEthiopeia,
    http://www.youtube.com/watch?v=Bj3DSCwfOfs dan memang pun pendapat saya, OLPC amat penting untuk menggantikan buku, pen, meja, bangku, baju dan kasut.

    Nampak macam cuma boleh dipraktikkan di Ethiopeia tetapi sebenarnya berlaku di Sabah juga. Yang sedihnya lagi ia berlaku kepada rakyat yang berugama Islam.

    Memang OLPC mampu tetapi Sugar bukan direka untuk peranan itu. Ia lebih kepada menjadikan OLPC sebagai hiburan. Review dari seorang budak 9 tahun di US(?) menjadi rujukan saya. Hiburan ini adalah chatting, browsing, drawing, taking pictures.

    Cuma perlu berfikir dalam dalam sahaja. Kalau mahu, semua boleh buat. Saya akan cuba memasukkannya di dalam senarai Software_projects.