Misi One Laptop Per Child (OLPC)

Anda boleh mengubah dunia dengan menyertai projek OLPC di Malaysia sekarang
Khamis, 30 April 2009
di
1:12 PG
Dicatat oleh
Mohd Lazim
Ketua Pegawai Operasi OLPC, Charles Kane dan Tan Yii Ying daripada Danawa Resource telah ditemuramah oleh radio tempatan yang berunsur perniagaan iaitu BFM 89.9 pada 30 Mac 2009 dan 6 April 2009 yang lalu. Temuramah ini telah dirakamkan di dalam laman web BFM dan boleh didengar atau didownload terus daripada laman tersebut.
Temu bual bersama Tan Yii Ying
Dalam dua sesi temu bual yang dilaksanakan, banyak perkara dibincangkan terutamanya penglibatan Malaysia dalan perlaksanaan OLPC di seluruh dunia. Blog OLPC juga turut menceritakan tentang temu bual yang telah dilaksanakan dan mengutarakan salah satu projek yang sedang aktif dilaksanakan di Malaysia iaitu "Contributors Program".
Ini membuktikan yang lebih ramai rakyat Malaysia yang semakin peka dengan kepentingan projek bercorak kebajikan ini dan bagaimana projek ini dapat mengubah cara hidup penduduk seluruh dunia terutamanya penduduk di negara miskin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan