Misi One Laptop Per Child (OLPC)

Menghasilkan peluang pendidikan kepada kanak-kanak termiskin di seluruh dunia dengan menyediakan sebuah laptop yang kecil, berkos rendah, berkuasa rendah, dan perisian yang direkabentuk untuk keriangan dan pembelajaran kendiri untuk setiap kanak-kanak. Dengan peralatan ini, kanak-kanak berpeluang untuk belajar, berkongsi, mencipta, dan mengubahsuai sesuatu. Dengan ini, mereka akan mempunyai masa hadapan yang cerah.
Anda boleh mengubah dunia dengan menyertai projek OLPC di Malaysia sekarang

Jumaat, 15 Mei 2009

di 6:49 PTG Dicatat oleh Mohd Lazim

Ramai yang tidak tahu mengenai olpc.tv yang memuatkan hampir 500 video mengenai OLPC yang dikumpulkan dari seluruh dunia. Kesemua video-video ini dikumpulkan sejak dari tahun 2005 sehingga sekarang. Ia mengandungi video dari pelbagai bahasa dan sumber dari seluruh dunia. Terdapat beberapa rakaman mengenai projek OLPC yang sedang berlangsung dan juga rakaman temuramah dari stesen televisyen tempatan. Laman web ini dihasilkan oleh Nicolas Charbonnier dengan kerjasama oleh sukarelawan OLPC yang lain. Anda boleh menghantar video mengenai aktiviti OLPC yang dirakamkan di Malaysia ke alamat e-mel olpctv [at] laptop.org

0 ulasan: