Misi One Laptop Per Child (OLPC)

Menghasilkan peluang pendidikan kepada kanak-kanak termiskin di seluruh dunia dengan menyediakan sebuah laptop yang kecil, berkos rendah, berkuasa rendah, dan perisian yang direkabentuk untuk keriangan dan pembelajaran kendiri untuk setiap kanak-kanak. Dengan peralatan ini, kanak-kanak berpeluang untuk belajar, berkongsi, mencipta, dan mengubahsuai sesuatu. Dengan ini, mereka akan mempunyai masa hadapan yang cerah.
Anda boleh mengubah dunia dengan menyertai projek OLPC di Malaysia sekarang

Khamis, 29 Januari 2009

di 7:43 PTG Dicatat oleh Mohd Lazim 0 ulasan

Hak milik kanak-kanak
OLPC telah dihasilkan dengan kos yang rendah, berkuasa, menarik dan mesra pengguna. Ia direkabentuk untuk kanak-kanak dimana mereka bertanggungjawab untuk melindungi, menjaga dan berkongsi peralatan berharga ini. Kunci utama keberkesanan penggunaan laptop di rumah adalah kerana kanak-kanak dan keluarga dapat meningkatkan masa penggunaan laptop yang biasanya hanya terdapat di sekolah sahaja.

Bawah umur
Laptop XO direkacipta untuk penggunaan kanak-kanak berumur 6 sehingga 12 tahun. Mereka tidak perlu membaca atau menulis untuk bermain dengan XO kerana bermain itu adalah asas kepada pembelajaran manusia. Aktiviti digital juga dapat meningkatkan kemahiran menulis dan membaca kanak-kanak.

Saturasi
OLPC komited dengan pembelajaran awal kanak-kanak di negara-negara membangun. Bagi membolehkan objektif ini tercapai, saturasi digital perlu dilaksanakan keatas populasi tersebut. Kunci utama perlaksanaan objektif adalah dengan memilih skala yang terbaik untuk keadaan samada pada seluruh negara, bandar atau kampung dimana kanak-kanak memerlukan laptop tersebut. Seluruh komuniti akan bertanggungjawab dengan program OLPC dan kanak-kanak akan menerima sokongan daripada institusi, individu dan kumpulan dari komuniti ini.

Perhubungan
Laptop XO telah direkacipta untuk menyediakan rangkaian tanpa-wayar dimana laptop akan bersambung antara satu sama lain. Sekiranya salah satu laptop bersambung dengan Internet, laptop lain juga akan mendapat akses kepada internet yang sama. Kanak-kanak akan berjiran dan akan terus bersambung untuk bersembang, berkongsi maklumat di internet, melakukan persidangan video, membuat muzik bersama-sama, menulis teks, membaca e-books dan bergembira bermain bersama.

Percuma dan Sumber Terbuka
Kanak-kanak bukan sahaja pengguna yang kurang berpengetahuan, tetapi juga peserta yang aktif adalam komuniti pembelajaran. Perkembangan dalam mendapatkan idea baru, perisian, kandungan, sumber dan peralatan perlu berkembang bersama mereka. Dengan adanya perisian sumber terbuka, pembangunan OLPC boleh dilaksanakan oleh kanak-kanak sendiri dengan membenarkan mereka mengajar antara satu sama lain dan berkongsi idea untuk menyokong pembangunan intelek diantara mereka. Kanak-kanak adalah pelajar dan pengajar.

Khamis, 15 Januari 2009

di 8:22 PG Dicatat oleh Mohd Lazim 0 ulasan

Berdasarkan e-mel yang dihantar oleh Nicholas Negroponte di artikel ini, beliau ada menyebut yang OLPC akan memberikan fokus kepada pembangunan laptop XO generasi baru iaitu XO-2. Walaupun masih belum dihasilkan secara besar-besaran, laptop ini dikatakan menjadi satu rekabentuk laptop yang mendahului zaman.

Rekabentuk laptop yang mempunyai pelbagai mod kegunaan menjadikannya laptop yang unik dan fleksibel. Terdapat tiga mod kegunaan laptop iaitu mod buku untuk tujuan pembacaan buku elektronik, mod laptop biasa dan mod komputer tablet dimana ia diletakkan secara mendatar.

1. Mod buku - laptop XO-2 dipegang seperti memegang buku dan dibaca pada kedua-dua bahagian yang memaparkan kandungan buku elektronik.
2. Mod laptop biasa - XO-2 diletakkan pada kedudukan laptop biasa tetapi satu daripada 2 paparan laptop tersebut akan dijadikan papan kekunci skrin boleh sentuh.
3. Mod komputer tablet - digunakan untuk beberapa aktiviti yang memerlukan paparan penuh atau memerlukan penggunaan dua pengguna. Aktiviti permainan komputer atau melukis boleh dilakukan pada paparan yang lebar.

Ciri-ciri keselamatan yang ada pada laptop XO juga dilengkapi pada laptop XO-2 dimana ia mempunyai pad penyerap hentakan di sekeliling laptop dan penahan habuk dan kotoran pada bahagian penutup. Selain daripada itu, pekakasan yang terdapat pada XO-2 masih lagi mempunyai spesifikasi yang sama dengan laptop XO.

Untuk memenuhi keperluan laptop XO-2 bagi menjadikannya sebuah laptop yang boleh diguna pakai di seluruh dunia, beberapa perancangan mengenai sistem operasi yang akan dibangunkan di atas platform XO-2 telah dibincangkan. Jim Gettys menyarankan supaya laptop XO-2 menggunakan sistem linux yang dilengkapi dengan teknologi paparan X yang diubahsuai iaitu Multi-Pointer X atau MPX.

Khamis, 8 Januari 2009

di 8:16 PG Dicatat oleh Mohd Lazim 0 ulasan

Berikut merupakan e-mel yang dihantar oleh pengerusi OLPC iaitu Nicholas Negroponte dalam menentukan halatuju organisasi tanpa keuntungan OLPC.

Like many other nonprofits that are facing tough economic times, One Laptop per Child must downsize in order to keep costs in line with fewer financial resources. Today we are reducing our team by approximately 50% and there will be salary reductions for the remaining 32 people. While we are saddened by this development, we remain firmly committed to our mission of getting laptops to children in developing countries. We thank team members who are departing for their contributions to this important mission.

This restructuring is also the result of an exciting new direction for OLPC. Our technology initiatives will focus on:

1. Development of Generation 2.0
2. A no-cost connectivity program
3. A million digital books
4. Passing on the development of the Sugar Operating System to the community.

With regard to deployments:

1. Latin America will be spun off into a separate support unit
2. Sub-Saharan Africa will become a major learning hub
3. [In addition to Sub-Saharan Africa] The Middle East, Afghanistan and Northwestern Pakistan will become a major focus

Separately, OLPC will be dedicated to bringing the cost of the laptop down to zero for the Least Developed Countries — the $0 Laptop.

Restructuring brings with it pain for friends and colleagues who are being let go. These are people who have dedicated themselves to the advancement of a noble cause, and to say that we are exceeding grateful for the time, the ideas, the energy and the commitment they have given OLPC does not — cannot — adequately express our admiration or our gratitude. The fact that there are 500,000 children around the world who have laptops is testament to their extraordinary work and is already a key part of OLPC’s legacy.

The future brings with it some uncertainty and difficulty, but also the excitement that comes with the rededication to a cause, and a new path that will allow us to realize the moral purpose of OLPC. I hope that each one of you will remain supportive of OLPC, and its mission of opening up a universe of knowledge to the world’s poorest children living in the most remote parts of the Earth.

— Nicholas Negroponte

Isnin, 5 Januari 2009

di 7:31 PG Dicatat oleh Mohd Lazim 0 ulasan

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk menyokong OLPC. Anda tidak semestinya memerlukan sebarang kepakaran untuk menyertai OLPC Malaysia. Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu projek OLPC.

1. Dapatkan maklumat mengenai OLPC di wiki OLPC dan ikuti perkembangan semasa OLPC di mailing list OLPC Malaysia
2. Menderma dengan membeli laptop XO dan sertai program Give One Get One atau Give Many(Change the World)
3. Buat kumpulan komuniti yang dipanggil grassroots di Malaysia yang menyokong dan membantu pembangunan OLPC
4. Lakukan alih bahasa untuk laman wiki OLPC atau kandungan laptop XO
5. Baca manual pembangun perisian dan hasilkan perisian untuk laptop XO. Sebuah laptop XO akan dihantar ke rumah anda sekiranya anda memohon untuk membantu dalam pembangunan perisian atau mana-mana projek OLPC di Pengkalan Data Projek OLPC.
6. Sekiranya anda mempunyai kemahiran dalam membaiki laptop XO, anda boleh menjadi salah seorang daripada ahli pusat komuniti baik pulih di Malaysia
7. Lakukan percubaan keatas perisian, aktiviti dan koleksi di Friends in Testing.