Misi One Laptop Per Child (OLPC)

Menghasilkan peluang pendidikan kepada kanak-kanak termiskin di seluruh dunia dengan menyediakan sebuah laptop yang kecil, berkos rendah, berkuasa rendah, dan perisian yang direkabentuk untuk keriangan dan pembelajaran kendiri untuk setiap kanak-kanak. Dengan peralatan ini, kanak-kanak berpeluang untuk belajar, berkongsi, mencipta, dan mengubahsuai sesuatu. Dengan ini, mereka akan mempunyai masa hadapan yang cerah.
Anda boleh mengubah dunia dengan menyertai projek OLPC di Malaysia sekarang

Rabu, 11 Julai 2012

di 8:29 PG Dicatat oleh Mohd Lazim

OLPC Malaysia telah melancarkan Facebook Rasmi OLPC Malaysia yang memberi peluang kepada semua warga Malaysia untuk melibatkan diri dalam projek OLPC. Sebarang pertanyaan, perbincangan, penyampaian maklumat boleh disalurkan melalui Facebook. Sila layari Kumpulan Facebook OLPC Malaysia untuk menyertai kami.

0 ulasan: